Pengalaman umrah zairah Jordan ingin dikongsikan bersama.Kami bertolak dari lapangan terbang Sultan Mahmud pada jumaat 4 Jun lebih kurang jam 4.15 pg dan sampai di KLIA lebih kurang jam 5.40 ptg.Pernerbangan Ke Jordan menggunakan Flight Royal Jordanian pada jam 10.10 mlm, sampai di Bangkok jam 12.45 t/mlm transit di Bangkok lebih kurang sejam, kami sampai di Airport Alia International Jordan pada jam 6.11am/11.11mlm (m'sia).Selesai immigration check, Check in transit Hotel Golden Tulip Airport jam 8.00am. Memulakan ziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Jordan. Destinasi pertama di Gua Ashbul Khafi yang terletak dipinggir bandar Jordan.Kami meruangkan sekitar setengah jam, kemudian bertolak ke destinasi kedua iaitu makam Nabi Allah Shuib yang terletak di kawasan tinggi yang berbukit bukau, sepanjang perjalanan kami,kami dapat melihat kawasan yang berbukit kering kontang terdapat lembah yang subur dikurniakan Allah,tedapat aliran air yang mengalir ,tidak tahu dari mana puncannya menyebabkan pokok pisang hidup subur di kawasan berkenaan.Makam Nabi Allah Shuib adalah merupakan binaan Masjid yang cantik dengan senibinanya yang tersendiri, terletak di puncak bukit yang tinggi
Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sedang menunggu Flight Ke KLIA