Saturday, June 26, 2010

umrah 2010- part 3

sambungan zairah tempat-tempat bersejarah islam sekitar jordan- Gua Ashbul Khafi








Pokok zaitun, buahnya belum masak

Pemandangan sekitar laut mati. kawasan yang dilarang oleh Allah untuk berada lama di sini,kerana kawasan ini merupakan tempat dimana kaum Nabi Lut dimusnahkan angkara kejahatan yang dilakukan keatas Nabi Lut, bumi di kawasan ini telah diterbalikkan oleh Allah. Air lautnya teramat masin menyebabkan tiada hidupan laut boleh hidup di dalamnya. bumi yang dilaknati Allah Taala.





umrah 2010-part 2

Zairah Jordan

Di lapangan Terbang Antarabangsa ALIA -Jordan.


Menunggu bas ke Hotel Transit- Hotel Golden Tulip

Bersama Dr. Badarul Amin


Ziarah Tempat-tempat bersejarah sekitar Jordan

Sekitar gua Ashbul Khafi,











Thursday, June 24, 2010

Umrah Jun 2010-part 1

Pengalaman umrah zairah Jordan ingin dikongsikan bersama.Kami bertolak dari lapangan terbang Sultan Mahmud pada jumaat 4 Jun lebih kurang jam 4.15 pg dan sampai di KLIA lebih kurang jam 5.40 ptg.Pernerbangan Ke Jordan menggunakan Flight Royal Jordanian pada jam 10.10 mlm, sampai di Bangkok jam 12.45 t/mlm transit di Bangkok lebih kurang sejam, kami sampai di Airport Alia International Jordan pada jam 6.11am/11.11mlm (m'sia).Selesai immigration check, Check in transit Hotel Golden Tulip Airport jam 8.00am. Memulakan ziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Jordan. Destinasi pertama di Gua Ashbul Khafi yang terletak dipinggir bandar Jordan.Kami meruangkan sekitar setengah jam, kemudian bertolak ke destinasi kedua iaitu makam Nabi Allah Shuib yang terletak di kawasan tinggi yang berbukit bukau, sepanjang perjalanan kami,kami dapat melihat kawasan yang berbukit kering kontang terdapat lembah yang subur dikurniakan Allah,tedapat aliran air yang mengalir ,tidak tahu dari mana puncannya menyebabkan pokok pisang hidup subur di kawasan berkenaan.Makam Nabi Allah Shuib adalah merupakan binaan Masjid yang cantik dengan senibinanya yang tersendiri, terletak di puncak bukit yang tinggi

Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sedang menunggu Flight Ke KLIA

Di KLIA, menunggu flight ke Jordan


Berada di dalam bilik Hotel Golden Tulip - Hotel Transit